Panduan Penggunaan Program DaPI
Maklumat Umum
- Modul ini mengandungi 8 topik yang dibahagikan kepada 8 minggu.
- Akses kepada topik akan diberi satu per satu setiap minggu.
- Anda mempunyai 7 hari (seminggu) untuk melengkapkan satu-satu topik. Anda boleh melayari modul ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan capaian internet.
- Laman web ini terbaik dilihat menggunakan komputer riba atau desktop.
- Anda boleh memilih untuk menukar kata laluan (password) anda di bahagian “Setting” yang terdapat pada laman “Profil Saya”.
Soal Selidik
Anda akan diminta untuk mengisi soal selidik pada tiga masa:
- sebelum memulakan program.
- setelah tamat program.
- selepas 1 bulan tamat program.
Kandungan Modul
- Setiap topik mengandungi bahan pengajaran yang disampaikan melalui pelbagai metod. Lazimnya terdapat aktiviti dan kuiz bagi meningkatkan mutu pembelajaran anda.
- Apabila anda melengkapkan praktis, jawapan anda akan disimpan secara automatik.
Maklum balas
- Anda akan menerima maklum balas daripada pasukan intervensi di penghujung setiap sesi.
- Sekiranya anda mempunyai soalan berkenaan kandungan topik atau menghadapi sebarang isu berkenaan laman web DaPI, anda boleh menghubungi kami melalui tab “Hubungi Kami”. Anda akan menerima maklum balas kami dalam masa 12 hingga 24 jam.